April 4, 2007

Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama,buksnnya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.

   Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik juga,melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak,yang mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga.Masyarakat dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami sesebuah negara itu pincang.

   Justeru itulah,rumahtangga yang aman dan harmoni dapat dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka,seperti berkasih sayang,sabar,tolak ansur dan wujudnya persefahaman.Untuk mempastikan kerukunan sesebuah rumahtangga dan keluarga,Islam menggariskan peraturan tertentu yang merupakan tanggungjawab sumami dan isteri,iaitu:

Tanggungjawab Suami

Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:

  1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
  2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.
  3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.

Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)

Sabda Nabi yang lain:

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)

Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)

Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:

“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)

 4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka. 

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)

5.   Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.

6.   Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.

   Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)

7.   Memenuhi keperluan nafkah batin

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)

8.   Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.

9.   Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.

   Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan sert keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.

   Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.

    Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

P/S : Anda sudah bersedia untuk melangkah alam perkahwinan.Dapatkan SEKARANG e-book “Maskahwin Yang Hilang”,sebuah e-book yang akan menerangkan tentang cara-cara mengumpulkan wang untuk perkahwinan.Klik di sini sekarang untuk maklumat lanjut.

Advertisements

April 4, 2007

 Definisi

Perkahwinan menurut bahasa ialah berkumpul atau himpun.Perkahwinan menurut istilah Fiqh pula ialah suatu ikatan yang berlaku melalui akad yang menggunakan perkataan kahwin antara pasangan lelaki dan pasangan perempuan  bagi mengharuskan pergaulan diantara mereka dan menghalalkan persetubuhan yang diharamkan diantara mereka sebelumnya.

   Dalam konteks lain,akad perkahwinan juga ialah suatu proses ikatan yang kukuh diantara lelaki dengan perempuan yang sah kahwin melalui akad perkahwinan untuk hidup bersama dan membolehkan perkara yang tidak halal sebelumnya diantara mereka.Akad perkahwinan juga ialah ikatan perjanjian antara pasangan suami isteri untuk memikul tanggungjawab dalam institusi keluarga dengan mempunyai beberapa rukun dan syarat tertentu.

Rukun Nikah

Perkahwinan mempunyai rukun tertentu iaitu:

  1. Lelaki bakal suami
  2. Perempuan bakal isteri
  3. Wali
  4. Dua orang saksi
  5. Ijab dan qabul

Pengantin

Pengantin ialah pasangan lelaki dan wanita yang ingin melangsungkan akad perkahwinan.Antara syarat bagi pengantin lelaki dan perempuan yang ingin melangsungkan perkahwinan ialah:

Syarat pengantin lelaki

Syarat pengantin lelaki adalah seperti berikut:

  1. Pengantin lelaki yang ingin melangsungkan perkahwinan mestilah tidak di dalam mengerjakan ihram.
  2. Perkahwinan diadakan dengan pilihannya sendiri.
  3. Bukan muhrim kepada pengantin perempuan.
  4. Lelaki yang belum mempunyai 4 orang isteri.
  5. Mengetahui bakal wali dan isteri.
  6. Jelas sebagai seorang lelaki.

Syarat Pengantin Perempuan

Antara syarat bakal pengantin perempuan ialah:

  1. Pengantin perempuan tidak di dalam mengerjakan ihram.
  2. Bukan isteri pada mana-mana lelaki.
  3. Tidak dalam penantian ‘iddah.
  4. Beragama Islam atau Ahli Kitab yang asli.
  5. Perkahwinan adalah dengan kerelaan sendiri bagi gadis masih dara.
  6. Jelas dan pasti sebagai seorang wanita.
  7. Pengantin perempuan sudah ditentukan.

Wali

Wali ialah ahli keluaga lelaki yang hampir dengan pengantin perempuan.Wali adalah amat penting dalam satu akad perkahwinan,tanpa wali,perkahwinan itu tidak sah.Islam mensyatiatkan wali dalam akad perkahwinan kerana perempuan adalah golongan lemah dan mesti ada pengawasan oleh mereka yang bertanggungjawab terhadapnya.

   Secara umumnya wali dapat dibahagikan kepada 2 jenis:

  1. Wali mujbir.Iaitu bapa atau datuk daripada sebelah bapa hingga ke atas kepada seseorang gadis.
  2. Wali bukan mujbir.Iaitu wali-wali selain daripada bapa dan datuk atau semua wali bagi janda.

   Wali mujbir boleh mengahwinkan anak perempuannya yang masih dara,baik yang sudah cukup umur atau belum cukup umur tapa perlu meminta izin gadis tersebut.Walaupun begitu,perkahwinan yang dilangsungkan itu mestilah juga dengan syarat tertentu,iaitu:

  1. Tidak ada permusuhan antara wali mujbir dengan gadis.
  2. Gadis dengan lelaki yang akan dinikahinya juga tidak ada permusuhan.
  3. Lelaki yang akan dinikahkan dengan perempuan itu ada kufu.
  4. Pengantin lelaki sanggup membayar mas kahwin kepada gadis yang akan dikahwin.

   Walau bagaimanapun bagi seorang gadis,wali mujbir adalah disunatkan supaya meminta izin dan persetujuan daripada gadis terlebih dahulu.Antara tanda yang menunjukkan gadis telah bersetuju sudah memadai dengan diam atau dia tersenyum.Sekiranya wali tersebut bukan wali mujbir,wali mestilah meminta izin terlebih dahulu daripada gadis.

   Mana-mana perempuan yang sudah berkahwin atau janda,walinya samada mujbir atau bukan mujbir mestilah meminta izin daripadanya terlebih dahulu.Tanda keizinan seorang janda mestilah dengan kata-kata dan persetujuannya.

P/S: Jangan terlambat untuk mendapatkan e-book “Maskahwin Yang Hilang“.E-book ini akan mendedahkan kepada anda teknik-teknik mengumpulkan wang untuk perkahwinan anda.Anda juga akan menerima 3 e-book secara PERCUMA!Jadi,apa tunggu lagi!!!Klik di sini SEKARANG!!!

April 3, 2007

Sebelum seseorang itu melangkah ke alam perkahwinan,Islam telah menggariskan adab tertentu supaya keluarga yang bakal dibina nanti akan sempurna serta saling berpuas hati antara pasangan dan mendapat berkat serta rahmat Allah SWT.Seterusnya zuriat yang lahir juga akan berkembang dengan jalan yang baik dan suci.

Memilih Jodoh

Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya dan bakal suami masing-masing.Walaupun begitu,ia mestilah melalui syarat tertentu yang diharuskan oleh syara’.Contohnya lelaki hanya diharuskan melihat bahagian tapak tangan dan muka perempuan dan perempuan pula diharuskan melihat bakal suaminya pada bahagian selain antara pusat dengan lutut sahaja.

   Dalam proses perkahwinan,Islam juga menitikberatkan soal persamaan taraf,iaitu kufu dan pasangan yang sesuai,mencakupi keagamaan,keturunan,pendidikan,harta,kecantikan dan lainnya.

Memilih Bakal Isteri

Adalah sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu.Begitu juga perempuan yang dipinang sunat juga melihat terlebih dahulu kepada lelaki yang meminangnya.

   Namun begitu,konsep perkahwinan sebenarnya lebih memberi penekanan kepada lelaki.Kerana menurut praktikal dan teorinya pun memanglah lelaki yang mencari bakal isteri dan menghantar peminangan serta melamar wanita untuk dijadikan isteri.Justeru itu,lelaki mestilah memilih calon isterinya dengan cara beradab dan sopan,iaitu dengan melalui proses peminangan terlebih dahulu.

   Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isterinya yang sesuai bagi mereka,disamping itu wanita juga bebas samada untuk menerima lamaran lelaki atau menolaknya berdasarkan alasan yang diharuskan oleh syara’,bukan tindakan nafsu dan perasaan.

   Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat,seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan syara’ dan saranan Nabi khasnya.Dimana bakal suami digalakkan supaya mengutamakan perempuan yang solehah(beragama) serta dapat melahirkan zuriat disamping memiliki ciri-ciri keistimewaan yang lain.Sebagaimana hadis yang  diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)

   Dalam maksud hadis di atas,Nabi menggalakkan umatnya supaya mengutamakan pemilihan bakal isteri atas dasar agama,kerana dengan agama seseorang itu akan selamat dan bahagia dalam erti kata yang sebenarnya.

   Untuk tujuan tersebut,Islam menekankan pemilihan calon isteri yang beragama.Dimana seseorang lelaki yang memilih bakal iateri yang solehah dan baik akan mendapat jaminan kebahagiaan sebenar rumahtangganya.Sebagaimana sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Muslim dan Nasa’i yang bermaksud:

“Sesungguhnya dunia ini adalah suatu tempat keseronokan dan sebaik-baik keseronokan itu ialah wanita yang solehah”-(riwayat Muslim dan Nasa’i)

   Justeru itulah pemilihan bakal isteri mestilah mengikut landasan syara’.Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam);dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik,sekalipun keadaannya menarik hati kamu.Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam).Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman adalah lebih baik daripada seorang lelaki kafir musyrik,sekalipun keadaannya menarik hati kamu.(Yang demikian ialah kerana)orang-orang kafir itu mengajak ke neraka,sedang Allah SWT mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya.Dan Allah SWT menjelaskan ayat-ayat-Nya(keterangan-keterangan hukumnya) kepada umat manusia,supaya mereka dapat mengambil pelajaran(daripadanya)”-(Surah Al-Baqarah 2:21)

    Namun begitu Islam sekali-kali tidak menolak dan tidak mengenepikan faktor sampingan lain seperti kecantikan,harta,keturunan dan sebagainya.Namun asas utama yang dikehendaki oleh Islam ialah agama dan pegangan aqidah seseorang bakal isteri.Sebagai contohnya,sekiranya seseorang wanita itu tidak mempunyai pegangan aqidah dan agama yang kukuh,mereka akan mudah terdorong kepada maksiat dan mengabaikan tanggungjawabnya.

   Begitu juga dengan kecantikan semata-mata boleh boleh membawa kepada kemusnahan rumahtangga dan lagi pun kecantikan itu tidak akan berkekalan.Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama dalah lebih baik”-(riwayat Ibnu Majah)

   Dalam konteks lain,Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan umatnya supaya mengahwini dan memilih wanita yang memiliki sifat lemah-lembut,penyayang dan dapat melahirkan anak,sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:

Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan boleh melahirkan anak,sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai”-(riwayat An-Nasa’i)

P/S: Anda mempunyai masalah dalam mencari dan mengumpulkan wang untuk tujuan perkahwinan?Jangan Bimbang!Dapatkan teknik-teknik mengumpul wang untuk tujuan tersebut di sini.Cepat!Sebelum kekasih anda dikebas orang!!!

Dalil Perkahwinan

April 2, 2007

Terdapat banyak nas dan dalil al-Quran serta Hadith tentang galakan dan saranan perkahwinan serta peraturan yang berkaitan dengan pasangan suami isteri,antaranya ialah:

1. Dalil nas al-Quran,iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan berkahwinlah orang bujang(lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu,dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu,lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,Allah akan memberikan mereka kekayaan dari limpah kurniaNya,kerana Allah SWT Maha Luas(rahmatnya dan limpah kurniaNya),lagi Maha Mengetahui”- (Surah An-Nur)

2. Dalam nas yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan(lain) dia,tiga atau empat.Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka(berkahwinlah) seorang sahaja…”- (Surah An-Nisa’ 4:3)

3. Dakam nas hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari:

Perkahwinan itu Sunnahku,sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku,dia bukan dari kalangan umatku” -(Bukhari dan Muslim)

4.  Antara nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberi galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

“Wahai pemuda-pemuda,sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin,maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri”- (riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersediakah Untuk Berumahtangga?

April 2, 2007

Perkahwinan adalah sesuatu saat yang paling manis dalam kehidupan seseorang.Namun,sejauh manakah persediaan anda untuk menempuhi kehidupan berumahtangga yang pastinya mempunyai banyak dugaan dan cabaran.Jadi jom kita sama-sama buat sedikit kaji selidik terhadap diri masing-masing.

Jadi anda telahpun menemui insan pilihan hati.Anda ingin hidup bersama pasangan anda itu dalam ikatan perkahwinan,namun anda masih ada sedikit perasaan ragu-ragu untuk mengakhiri zaman bujang anda dan memulakan zaman berumahtangga.

Sememangnya kita perlu memikirkan banyak perkara sebelum mengambil keputusan untuk berumahtangga.Yang paling penting diri perlu dipersiapkan dengan pelbagai ilmu yang berguna.Tulisan di bawah ini bukanlah untuk menakutkan anda tentang perkahwinan,tapi hanya sekadar untuk memberitahu tentang beberapa perkara yang mesti anda pertimbangkan sebelum mengakhiri zaman bujang anda.Fikirkan tentang perkara di bawah,tapi anda sudah yakin dan bersedia,tunggu apa lagi.Jangan tunggu lama-lama,nanti di kebas orang:-)

ADA ALASAN UNTUK BERKAHWIN

Perkara paling utama adalah kayakinan diri.Jadi yakinkanlah diri anda mengapa anda harus mendirikan rumahtangga?Apakah kebaikan yang akan diperolehi melalui perkahwinan itu?Apakah kesannya kepada anda,pasangan anda dan keluarga masing-masing.Jika anda masih belum dapat memastikan jawapannya,atau alasan masih belum kukuh,sebaiknya tunda dahulu niat anda melainkan anda benar-benar telah bersedia.HARUS SEDIA BERKONGSIAnda harus terima kenyataan yang kehidupan sendiri adalah berbeza dengan kehidupan berumahtangga.Semuanya perlu dikongsi.Bukan sekadar berkongsi katil,almari,tapi juga berkongsi waktu,perhatian,seks,kewangan dan emosi.

SEDIA UNTUK SAKIT HATI

Setiap perkara atau keputusan yang diambil pastinya akan mengundang risiko.Begitu juga dengan keputusan anda untuk berkahwin.Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing.Jadi anda mesti bersedia untuk menerima sifat paling buruk pasangan anda.

SEDIA UNTUK BERFIKIRAN TERBUKA

Tidak dapat dinafikan di dalam perkahwinan pasti akan wujud masalah dan dugaan.Kadangkala ianya baik dalam memperbaiki kualiti perhubungan anda suami isteri.Oleh sebab itu,adalah lebih baik untuk anda sentiasa bersiap sedia untuk berfikiran terbuka dalam bertukar fikiran agar perhubungan emosi sentiasa terjalin.

SEDIA UNTUK KOMPROMI

Anda mempunyai agenda,pendapat atau apa saja perkara yang ingin anda lakukan.Tetapi ingatlah akan pasangan anda.Dia juga punya kesibukan,pendapat dan keinginan yang mungkin berbeza dari anda.Maka memperbaiki diri dalam mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur sangat membantu pernubungan rumahtangga.

SEDIA UNTUK BERPISAH

Tidak ada sesuatu pun yang abadi di dunia ini.Begitu juga dengan perkahwinan.Ia adalah merupakan satu cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dalam membina mahligai bahgia.Namun dalam sesuatu keadaan,kebahagiaan sukar untuk dipertahankan.Jadi hanya jalan perpisahan yang ada.ketika anda melafazkan akad,anda mesti menyedari akan ada salam perpisahan jika perkahwinan tidak seiringan.

SEDIA MENERIMA MALU

Pastinya anda mempunyai kriteria sendiri dalam memilah pasangan hidup anda.Walau seburukmanapun perilaku pasangan anda di mata masyarakat,dia tetap pilihan anda.Jadi anda mesti bersedia dan berani untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

P/S: Jangan lupa untuk dapatkan e-book “Maskahwin Yang Hilang” .Sebuah e-book yang pastinya akan dapat mereliasasikan matlamat anda untuk berkahwin:-)


 

Pengertian Perkahwinan

April 2, 2007

Perkahwinan adalah merupakan satu ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan.Ia dilakukan melalui akad nikah yang sahuntuk membolehkan orang yang berkahwin tadi menjalani kehidupan bersama.Perkahwinan telah disyariatkan adalah bertujuan untuk membolehkan manusia menyambung keturunan mereka melalui cara yang halal untuk kebaikan di dunia dan akhirat.Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
“Wahai manusia!Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu(Adam)..Dia(Allah) menjadikan dari diri Adam dan isterinya dan telah mengembang biak dari kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan”

Konsep perkahwinan dalam Islam
Dalam Islam,perkahwinan adalah suatu ibadah dan sunnah Rasulullah SAW yang mana merupakan suatu daripada tuntutan fitrah manusia.Kelebihan orang yang berkahwinan adalah mereka dapat mengatur kehidupan dengan lebih baik dan sempurna serta penuh tanggungjawab.Mereka inilah merupakan hamba yang telah berjaya menjalankan amanah yang diberikan dengan sempurna,iaitu sebagai khalifah Allah yang menjalankan dan mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.Orang lelaki merupakan ketua keluarga.Dia juga bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya.Segala perbuatan yang telah dilakukan bertujuan untuk menjaga keperluan dan kesejahteraan keluarganya akan mendapat ganjaran pahala dari Allah.Perkahwinan juga merupakan sunnah Rasulullah dalam usaha baginda untuk mengatasi masalah social yang berlaku di dalam masyarakat,seterusnya melahirkan individu serta masyarakat yang soleh.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Perkahwinan adalah sunnahku,barangsiapa membenci sunnahku ,maka dia bukan dari golongan aku”Allah SWT telah menciptakan manusia di atas suatu fitrah ingin hidup berpasangan,berkasih saying,bahagia serta dapat memenuhi tuntutan syahwat melalui jalan yang halal.Maka fitrah tersebut dapat dilaksanakan melaui ikatan perkahwinan yang sah.

P/S:Melalui e-book Maskahwin Yang Hilang,anda dapat ,mengetahui teknik-teknik untuk mengumpulakn wang untuk tujuan perkahwinan anda.Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di maskahwin.com.