Archive for the ‘Muqaddimah’ Category

Galakan Berkahwin

April 12, 2007

Islam sentiasa menggalakkan umatnya supaya hidup berkeluarga bagi sesiapa sahaja yang mempunyai kemampuan dari segi fizikal,material,keagamaan dan kerohanian.Hidup berkeluarga dan berkahwin khasnya dapat membantu seseorang mencapai kesempurnaan dalam agama serta merupakan suatu Sunnah Nabi dan Nabi akan berbangga dengan jumlah umatnya yang ramai.Sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Hakim yang berbunyi:

Berkahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu dengan banyaknya,sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu berbanding umat-umat lain pada Hari Akhirat nanti”- (riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

   Berkahwin serta hidup berkeluarga juga merupakan fitrah yang dikurniakan oleh Allah SWT semenjak Adam yang menjadikan manusia dan semua makhluk berpasang-pasangan.Perkahwinan juga merupakan suatu rahmat serta salah satu daripada tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah SWT.Di mana dengan berkahwin,seseorang itu dapat menyalurkan kehendak fitrah mereka mengikut apa yang telah diharuskan oleh syara’,seperti berkasih sayang,mengadakan hubungan kelamin serta berbincang.Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan Allah SWT menjadikan bagi kamu daripada diri kamu sendiri pasangan-pasangan(isteri) ,dan dijadikan bagi kamu daripada pasangan kamu anak-anak dan cucu-cicit…”- (Surah An-Nahl 16:72)

   Dalam konteks lain,perkahwinan dan hidup berkeluarga juga merupakan suatu institusi sosial yang akan membentuk anak-anak dan zuriat keturunan dalam kelompok keluarga,seterusnya ia akan membentuk masyarakat dan berkembang membentuk sebuah negara.Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan tiap jenis Kami ciptakan berpasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)…”- (Surah Az-Zariat 51:49)

   Dalam membentuk institusi keluarga ,Islam lebih menekankan galakan tersebut kepada mereka yang belum memiliki isteri serta golongan remaja dan belia khasnya.Ini kerana merekalah yang selalunya mudah terdorong ke lembah maksiat dan menghadapai lebih banyak cabaran.Saranan dan galakan tersebut terkandung dalam nas Al-Quran dan Hadis.Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud yang bermaksud:

“Wahai pemuda,sesiapa sahaja daripada kamu yang mempu untuk berkahwin,hendaklah berkahwin.Sesungguhnya perkahwinan itu menutup menutup pandangan dan menjaga kehormatan.Dan sesiapa diantara kamu yang tidak mampu,maka hendaklah dia berpuasa,kerana ia boleh menjadi perisai.- (riwayat Ibnu Mas’ud)

   Oleh kerana pembentukan keluarga dan perkahwinan merupakan suatu institusi yang penting,Islam telah menggariskan peraturan yang lengkap dan mengambil perhatian yang serius terhadapnya,bermula dengan mencari bakal suami dan isteri.Melalui proses peminangan seterusnya barulah terbentuknya sebuah ikatan perkahwinan.

   Islam menggariskan landasan yang terperinci agar perkembangan manusia di muka bumi ini brlaku dengan baik dan mengikut kaedah syariat Islam,seperti menjaga kehormatan manusia,kesucian zuriat,keturunan yang mulia dan supaya terjalin kasih sayang yang harmoni.

P/S: E-book “Maskahwin Yang Hilang”.Sebuah e-book yang harus dimiliki oleh sesiapa sahaja yang mempunyai masalah mengumpul wang untuk perkahwinan.3 e-book PERCUMA  untuk anda miliki.Maklumat lanjut klik di sini.

Dalil Perkahwinan

April 2, 2007

Terdapat banyak nas dan dalil al-Quran serta Hadith tentang galakan dan saranan perkahwinan serta peraturan yang berkaitan dengan pasangan suami isteri,antaranya ialah:

1. Dalil nas al-Quran,iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan berkahwinlah orang bujang(lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu,dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu,lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,Allah akan memberikan mereka kekayaan dari limpah kurniaNya,kerana Allah SWT Maha Luas(rahmatnya dan limpah kurniaNya),lagi Maha Mengetahui”- (Surah An-Nur)

2. Dalam nas yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan(lain) dia,tiga atau empat.Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka(berkahwinlah) seorang sahaja…”- (Surah An-Nisa’ 4:3)

3. Dakam nas hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari:

Perkahwinan itu Sunnahku,sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku,dia bukan dari kalangan umatku” -(Bukhari dan Muslim)

4.  Antara nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberi galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

“Wahai pemuda-pemuda,sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin,maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri”- (riwayat Bukhari dan Muslim)