Archive for the ‘Artikel’ Category

Kenali Pasangan

April 7, 2007

Keserasian Mantap Wujudkan Kegembiraan

Di manakah tahap perkahwinan kita?Bahagia atau sengsara?Sebenarnya,jawapan sekarang tidak penting jika kita ada kesanggupan dan bersedia untuk belajar demi memperbaiki keadaan.

   Untuk mencari kebahagiaan,kita perlu tahu apakah pasangan kita sebenarnya jodoh kita.Jika sudah berkahwin,ini satu langkah bagi mengenali pasangan anda dengan lebih mendalam.Langkah terpenting di dalam mengenali pasangan masing-masing ialah:

1   Terima Perbezaan

Anda sepatutnya boleh menerima perbezaan anda dan pasangan.Cuba sesuaikan diri anda dengan perbezaan dan kemudian cari persamaan dengan pasangan anda.Mungkin dari segi hobi,sukan atau apa-apa sekalipun.

2.   Kenali Diri Anda

Kenali diri sendiri,baru anda tahu apa yang pasangan anda harapkan.Contohnya,anda perlu tahu makanan kegemaran anda,berapa banyak garam atau gula yang anda suka kerana hanya selepas itu barub pasangan anda dapat melakukan perkara betul.

3.   Kenali Personaliti

Fahami personaliti pasangan anda.Ada orang tidak suka dipuji dan ada yang sebaliknya.Oleh itu,fahami personaliti anda berdua supaya tiada berlaku percanggahan pendapat.Langkah di atas adalah untuk mengenali pasangan.Persoalannya,bagaimana pula dengan yang belum ada pasangan.Jangan khuatir kerana setiap orang dilahirkan ke dunia ini berpasang-pasangan.

   Jodoh anda ada di luar sana.Langkah pertama untuk bertemu jodoh ialah dengan menambah kenalan dalam persekitaran positif.Sementara itu,keintiman bukan sekadar hubungan fizikal,mental dan spiritual.Ia juga gabungan keseluruhan kombinasi komponen bagi mana-mana pasangan.

   Sebagai contoh,jelingan turut memberi makna tertentu di dalam sesuatu perhubungan.Ada jelingan manja,tajam,sindiran dan pelbagai ‘kategori’ jelingan lagi.Ada jelingan yang membawa kebahagiaan dan ada juga kehancuran.Tidak semua kombinasi pasangan akan berlaku kesesuaian 100 paratus pada setiap masa.Di sini terletaknya kepentingan toleransi bagi setiap pasangan untuk membolehkan mereka terus bergerak ke hadapan.

   Apabila berlakunya keserasian mantap,baru anda dan pasangan akan merasa kegembiraan,manakala ada yang kecewa apabila berlaku sebaliknya.Perlu diingatkan,mustahil bagi setiap pasangan mendapat kesesuaian 100 peratus setiap masa.”Sedangkan lidah lagikan tergigit,inikan pula suami isteri”,antara lirik lagu nyayian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.Kita mungkin seronok melihat gelagat Sarimah,Ahmad Nisfu,P.Ramlee dan sebagainya dalam filem 3 Abdul.Kita mungkin terlepas pandang betapa P.Ramlee menunjukkan sikap toleransi tinggi di dalam filem itu.

   Sebagai contoh,lakonan P.Ramlee sebagai suami yang berhemah tinggi sehingga sanggup tidur di kandang kuda demi kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga.Penting bagi kita mengetahui langkah terbaik yang dapat memastikan kerukunan rumahtangga berterusan dan bertambah baik dari semasa ke semasa melalui pembelajaran berterusan.

P/S : Jangan terlambat untuk dapatkan e-book “Maskahwin Yang Hilang“.Sebuah e-book yang akan mengajar anda teknik-teknik menguruskan kewangan,cara menyimpan wang dan mencari wang tambahan.Anda juga akan menerima 3 e-book PERCUMA!!!Dapatkan SEGERA sebelum kehabisan!!!

  

Advertisements

Bersediakah Untuk Berumahtangga?

April 2, 2007

Perkahwinan adalah sesuatu saat yang paling manis dalam kehidupan seseorang.Namun,sejauh manakah persediaan anda untuk menempuhi kehidupan berumahtangga yang pastinya mempunyai banyak dugaan dan cabaran.Jadi jom kita sama-sama buat sedikit kaji selidik terhadap diri masing-masing.

Jadi anda telahpun menemui insan pilihan hati.Anda ingin hidup bersama pasangan anda itu dalam ikatan perkahwinan,namun anda masih ada sedikit perasaan ragu-ragu untuk mengakhiri zaman bujang anda dan memulakan zaman berumahtangga.

Sememangnya kita perlu memikirkan banyak perkara sebelum mengambil keputusan untuk berumahtangga.Yang paling penting diri perlu dipersiapkan dengan pelbagai ilmu yang berguna.Tulisan di bawah ini bukanlah untuk menakutkan anda tentang perkahwinan,tapi hanya sekadar untuk memberitahu tentang beberapa perkara yang mesti anda pertimbangkan sebelum mengakhiri zaman bujang anda.Fikirkan tentang perkara di bawah,tapi anda sudah yakin dan bersedia,tunggu apa lagi.Jangan tunggu lama-lama,nanti di kebas orang:-)

ADA ALASAN UNTUK BERKAHWIN

Perkara paling utama adalah kayakinan diri.Jadi yakinkanlah diri anda mengapa anda harus mendirikan rumahtangga?Apakah kebaikan yang akan diperolehi melalui perkahwinan itu?Apakah kesannya kepada anda,pasangan anda dan keluarga masing-masing.Jika anda masih belum dapat memastikan jawapannya,atau alasan masih belum kukuh,sebaiknya tunda dahulu niat anda melainkan anda benar-benar telah bersedia.HARUS SEDIA BERKONGSIAnda harus terima kenyataan yang kehidupan sendiri adalah berbeza dengan kehidupan berumahtangga.Semuanya perlu dikongsi.Bukan sekadar berkongsi katil,almari,tapi juga berkongsi waktu,perhatian,seks,kewangan dan emosi.

SEDIA UNTUK SAKIT HATI

Setiap perkara atau keputusan yang diambil pastinya akan mengundang risiko.Begitu juga dengan keputusan anda untuk berkahwin.Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing.Jadi anda mesti bersedia untuk menerima sifat paling buruk pasangan anda.

SEDIA UNTUK BERFIKIRAN TERBUKA

Tidak dapat dinafikan di dalam perkahwinan pasti akan wujud masalah dan dugaan.Kadangkala ianya baik dalam memperbaiki kualiti perhubungan anda suami isteri.Oleh sebab itu,adalah lebih baik untuk anda sentiasa bersiap sedia untuk berfikiran terbuka dalam bertukar fikiran agar perhubungan emosi sentiasa terjalin.

SEDIA UNTUK KOMPROMI

Anda mempunyai agenda,pendapat atau apa saja perkara yang ingin anda lakukan.Tetapi ingatlah akan pasangan anda.Dia juga punya kesibukan,pendapat dan keinginan yang mungkin berbeza dari anda.Maka memperbaiki diri dalam mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur sangat membantu pernubungan rumahtangga.

SEDIA UNTUK BERPISAH

Tidak ada sesuatu pun yang abadi di dunia ini.Begitu juga dengan perkahwinan.Ia adalah merupakan satu cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dalam membina mahligai bahgia.Namun dalam sesuatu keadaan,kebahagiaan sukar untuk dipertahankan.Jadi hanya jalan perpisahan yang ada.ketika anda melafazkan akad,anda mesti menyedari akan ada salam perpisahan jika perkahwinan tidak seiringan.

SEDIA MENERIMA MALU

Pastinya anda mempunyai kriteria sendiri dalam memilah pasangan hidup anda.Walau seburukmanapun perilaku pasangan anda di mata masyarakat,dia tetap pilihan anda.Jadi anda mesti bersedia dan berani untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

P/S: Jangan lupa untuk dapatkan e-book “Maskahwin Yang Hilang” .Sebuah e-book yang pastinya akan dapat mereliasasikan matlamat anda untuk berkahwin:-)


 

Pengertian Perkahwinan

April 2, 2007

Perkahwinan adalah merupakan satu ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan.Ia dilakukan melalui akad nikah yang sahuntuk membolehkan orang yang berkahwin tadi menjalani kehidupan bersama.Perkahwinan telah disyariatkan adalah bertujuan untuk membolehkan manusia menyambung keturunan mereka melalui cara yang halal untuk kebaikan di dunia dan akhirat.Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
“Wahai manusia!Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu(Adam)..Dia(Allah) menjadikan dari diri Adam dan isterinya dan telah mengembang biak dari kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan”

Konsep perkahwinan dalam Islam
Dalam Islam,perkahwinan adalah suatu ibadah dan sunnah Rasulullah SAW yang mana merupakan suatu daripada tuntutan fitrah manusia.Kelebihan orang yang berkahwinan adalah mereka dapat mengatur kehidupan dengan lebih baik dan sempurna serta penuh tanggungjawab.Mereka inilah merupakan hamba yang telah berjaya menjalankan amanah yang diberikan dengan sempurna,iaitu sebagai khalifah Allah yang menjalankan dan mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.Orang lelaki merupakan ketua keluarga.Dia juga bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya.Segala perbuatan yang telah dilakukan bertujuan untuk menjaga keperluan dan kesejahteraan keluarganya akan mendapat ganjaran pahala dari Allah.Perkahwinan juga merupakan sunnah Rasulullah dalam usaha baginda untuk mengatasi masalah social yang berlaku di dalam masyarakat,seterusnya melahirkan individu serta masyarakat yang soleh.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Perkahwinan adalah sunnahku,barangsiapa membenci sunnahku ,maka dia bukan dari golongan aku”Allah SWT telah menciptakan manusia di atas suatu fitrah ingin hidup berpasangan,berkasih saying,bahagia serta dapat memenuhi tuntutan syahwat melalui jalan yang halal.Maka fitrah tersebut dapat dilaksanakan melaui ikatan perkahwinan yang sah.

P/S:Melalui e-book Maskahwin Yang Hilang,anda dapat ,mengetahui teknik-teknik untuk mengumpulakn wang untuk tujuan perkahwinan anda.Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di maskahwin.com.