Tanggungjawab Isteri dan Hak Suami

Dalam sesebuah rumahtangga,isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi,antaranya ialah:

  1. Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
  2. Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)

3.   Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa     ketiadaannya.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)

 4.   Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.

5.   Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.

6.   Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.

7.   Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.

8.   Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.

9.   Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.

Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)

P/S: Kepada wanita-wanita yang ingin kekasih mereka melamar mereka dengan cepat,hadiahkanlah kepada kekasih anda e-book “Maskahwin Yang Hilang“,sebuah e-book yang akan menceritakan dengan terperinci bagaimana untuk mencari dan mengumpulkan wang perkahwinan dengan mudah dan lancar.Klik di sini untuk maklumat lanjut.

One Response to “Tanggungjawab Isteri dan Hak Suami”

  1. nif Says:

    Assalamualaikum,
    Apakah hak sebagai suami setelah. isteri telah melarikan dari rumah sebanyak 3 kali dan meminta cerai..dan cerai itu sendiri di urus kan oleh isteri tersebut..
    Dalam perkara diatas..suami telah berikan penceraian disebabkan isteri tidah mahu pulang bersama anak (baru lahir) dari rumah abangnya setelah lebih dari setahun tidak bersama suami.si suami tidak dapat berjumpa pun anak selama jangka masa yg agak lama disebabkan ugutan oleh saudara dan abangnya.sebelum penceraian , si suami telah diugut bunuh dah telah dimalukan di khalayak ramai.
    apakah tuntutan suami yg boleh dilakukan dan juga isteri selah berlakunya penceraian.

    memandangkan pendapatan suami agak secukupnya setiap bulan, apakah suami dapat mengelak kan dari sebarang tuntutan isteri..

    Terima Kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: