Punca Keretakan Rumahtangga(sambungan)

April 16, 2007

Assalamualaikum pembaca sekelian)

Baiklah,tanpa melengahkan masa lagi mari kita sama-sama meneliti sambungan seba-sebab yan memungkinkan berlakunya keretakan rumahtangga.

5.   Beristeri lebih dari seorang tanpa mematuhi syarat-syaratnya dan atas dasar nafsu semata-mata.Erm…jadi kepada yang teringin nak kahwin ramai tu pastikan anda betul-betul memenuhi syarat-syaratnya,ok;)

6.   Tiada kufu diantara pasangan baik dari segi fizikal,material,agama serta taraf pendidikan.

7.   Campurtangan ibu bapa dan keluarga.

8.   Terburu-buru dalam membuat keputusan dan tindakan walaupun dalam perkara yang remeh-temeh.

9.  Tiada rasa saling hormat-menghormati diantara pasangan suami isteri.Di sini saya ingin mengemukakan satu soalan kepada anda.Antara lelaki dan perempuan,yang mana lebih tinggi egonya?Cuba berikan komen anda.

10.   Tidak berterus-terang dan sentiasa berbohong serta selalu berdalih.

11.   Terlalu cemburu dan tiada rasa kepercayaan antara satu sama lain.

12.   Suami berpendapatan kecil dan tidak mampu menunaikan tanggungjawab nafkah yang sepatutnya terhadap keluarga.

Itulah pembaca sekelian,keseluruhan sebab-sebab yang boleh membuatkan berlakunya kretakan rumahtangga.Cuba kita kaji balik,adakah perkara-perkara yang tersebut di atas berlaku di dalam rumahtangga kita.Kalau ada,anda perlu membuat perubahan dengan segera,ok.

Dan sebelum saya mengakhiri tulisan kali ini,saya mengharapkan komen dan pandangan dari anda tentang soalan saya tadi.Satu lagi,jangan segan-segan untuk bertanya jika anda menghadapi sebarang masalah.InsyaAllah saya akan cuba menjawabnya;)

Sekian dan selamat berbahagia!!!)

Assalamualaikum.

Punca Keretakan Rumahtangga

April 15, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekelian)

Bagaimana dengan kehidupan rumahtangga anda?Diharapkan ianya berjalan sebagaimana yang anda telah rancangkan.Walaupun kita merancang dan mencuba sebaik mungkin untuk mewujudkan sebuah rumahtangga yang bahagia,namun kadangkala pertengkaran di dalam rumahtangga itu tidak dapat dielakkan.Dan adakalanya sehingga membawa kepada perpisahan yang amat memeritkan.

Islam merupakan agama yang syumul.Jadi Islam telah menggariskan jalan penyelesaian dan mestilah diselesaikan dengan jalan terbaik.Sebelum itu,mari kita lihat dulu punca-punca yang menyebabkan berlakunya keruntuhan rumahtangga.Antara sebab utamanya ialah:

1.   Tiada persefahaman dan didikan agama yang mendalam.Jadi masing-masing tidak mengerti dan sekaligus mengabaikan tanggungjawab mereka.

2.   Tidak mahu bertolak ansur bila tercetusnya perselisihan atau pertengkaran.Ingat,bertolak ansur suatu perkara yang amat penting dalam memastikan kebahagiaan di dalam rumahtangga;).

3.   Berkahwin kerana terpaksa tanpa mendapat kerelaan daripada kedua-dua belah pihak.

4.   Berkahwin atas dasar cinta atau nafsu semata-mata tanpa menilai kepentingan agama.Tapi inilah yang berlaku dalam masyarakat sekarang.Berkahwin atas dasar cinta.Bila dah hilang cinta,macam mana?Saya tidak menafikan bahawa cinta memang menjadi aspek utama terbinanya sesuatu perhubungan.Tapi nasihat saya,nilai-nilai keagamaan jangan diketepikan,ok;)

Sebenarnya ada banyak lagi sebab-sebabnya,tapi untuk kali ini saya hanya memberikan 4 sebab ini dulu untuk sama-sama kita renungkan,ok.InsyaAllah,pada tulisan akan datang saya akan berikan sebab yang seterusnya.Jadi,datanglah lagi ke blog saya untuk membaca tulisan yang seterusnya.Sekian,assalamualaikum;)

Mengapa Memilih Tentang Perkahwinan?(sambungan)

April 14, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca budiman.

   Baiklah sepertimana yang dijanjikan,kali ini saya akan memberitahu mengapa saya memilih untuk menulis blog yang memfokuskan tentang perkahwinan.;)

   Pertamanya,sejak dulu lagi memang banyak yang ingin saya perkatakan tentang masyarakat kita yang banyak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.Contoh paling mudah,bersanding.Tetapi saya tidak mampu untuk memberitahu secara terang-terangan.Kerana apa?Pertamanya kerana saya ni bukanlah bergelar status ulama’,hanya insan biasa.Cewah,emosila pulak).Yang kedua,adat ni telahpun menjadi sebati di kalangan masyarakat kita.Tapi tak salah bersanding.Cuma caranya tak kena.Jadi saya mewujudkan blog ini supaya saya bebas untuk menulis tanpa perlu rasa bimbang kepada sesiapa.;)

   Keduanya saya perhatikan ramai pasangan yang berkahwin ada sesetengahnya belum mempunyai ilmu yang sebenarnya tentang munakahat ini.Apa yang saya cakap ini bukanlah rekaan,tetapi melaui pemerhatian saya.Ada sesetengah tu,ada yang masih tidak tahu berapa rukun solat.Anda bayangkan,kalau perkara yang begini asas pun mereka tidak tahu,bagaimana mreka hendak mendidik anak-anak yang bakal lahir nanti.Anda bersetuju dengan saya???Jadi matlamat saya menulis di blog ini adalah untuk memberikan panduan yang secukupnya,insyaAllah.

   Cuma apa yang saya harapkan daripada anda ialah sokongan dan dorongan,boleh?Jadikanlah blog ini sebagai tempat rujukan anda sebagai langkah memperkemaskan diri dengan ilmu yang berkaitan.Keduanya,sampaikanlah kepada sesiapa sahaja yang anda kenali tentang kewujudan blog ini,ok;)

   Oklah cukup rasanya sampai sini untuk kali ini.Jangan lupa untuk datang ke blog ni lagi yer.Kerana saya ingin memberika sedikit ulasan tentang e-book “Maskahwin Yang Hilang“.Belum habis baca lagi)

Sekian,assalamualaikum;)

Assalamualaikum

April 13, 2007

Hai,apa kabar semua.Terima kasih kepada anda yang sentiasa mengunjungi blog saya.InsyaAllah saya tidak akan menghampakan anda.Sebab apa?Sebabnya saya kan mengemaskinikan blog ini dengan pelbagai info yang berguna.)

Alhamdulillah,setelah beberapa lama,akhirnya berjaya juga saya menghasilkan blog ini.Mungkin ramai tertanya,mengapa saya memilih blog yang memfokuskan tentang perkahwinan.Adakah sebab saya dah kahwin?Atau sebab saya belum kahwin atau ada sebab lain???Eh,apa yang saya merepek ni)

Oklah saya akan beritahu kepada anda sebabnya,tapi bukan sekarang.Anda nak tahu jawapannya,rajin-rjinlah jenguk ke blog saya ni,ok.

Semoga berjumpa lagi!!!;)

Tanggungjawab Isteri dan Hak Suami

April 13, 2007

Dalam sesebuah rumahtangga,isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi,antaranya ialah:

  1. Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
  2. Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)

3.   Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa     ketiadaannya.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)

 4.   Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.

5.   Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.

6.   Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.

7.   Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.

8.   Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.

9.   Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.

Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)

P/S: Kepada wanita-wanita yang ingin kekasih mereka melamar mereka dengan cepat,hadiahkanlah kepada kekasih anda e-book “Maskahwin Yang Hilang“,sebuah e-book yang akan menceritakan dengan terperinci bagaimana untuk mencari dan mengumpulkan wang perkahwinan dengan mudah dan lancar.Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Galakan Berkahwin

April 12, 2007

Islam sentiasa menggalakkan umatnya supaya hidup berkeluarga bagi sesiapa sahaja yang mempunyai kemampuan dari segi fizikal,material,keagamaan dan kerohanian.Hidup berkeluarga dan berkahwin khasnya dapat membantu seseorang mencapai kesempurnaan dalam agama serta merupakan suatu Sunnah Nabi dan Nabi akan berbangga dengan jumlah umatnya yang ramai.Sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Hakim yang berbunyi:

Berkahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu dengan banyaknya,sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu berbanding umat-umat lain pada Hari Akhirat nanti”- (riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

   Berkahwin serta hidup berkeluarga juga merupakan fitrah yang dikurniakan oleh Allah SWT semenjak Adam yang menjadikan manusia dan semua makhluk berpasang-pasangan.Perkahwinan juga merupakan suatu rahmat serta salah satu daripada tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah SWT.Di mana dengan berkahwin,seseorang itu dapat menyalurkan kehendak fitrah mereka mengikut apa yang telah diharuskan oleh syara’,seperti berkasih sayang,mengadakan hubungan kelamin serta berbincang.Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan Allah SWT menjadikan bagi kamu daripada diri kamu sendiri pasangan-pasangan(isteri) ,dan dijadikan bagi kamu daripada pasangan kamu anak-anak dan cucu-cicit…”- (Surah An-Nahl 16:72)

   Dalam konteks lain,perkahwinan dan hidup berkeluarga juga merupakan suatu institusi sosial yang akan membentuk anak-anak dan zuriat keturunan dalam kelompok keluarga,seterusnya ia akan membentuk masyarakat dan berkembang membentuk sebuah negara.Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan tiap jenis Kami ciptakan berpasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)…”- (Surah Az-Zariat 51:49)

   Dalam membentuk institusi keluarga ,Islam lebih menekankan galakan tersebut kepada mereka yang belum memiliki isteri serta golongan remaja dan belia khasnya.Ini kerana merekalah yang selalunya mudah terdorong ke lembah maksiat dan menghadapai lebih banyak cabaran.Saranan dan galakan tersebut terkandung dalam nas Al-Quran dan Hadis.Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud yang bermaksud:

“Wahai pemuda,sesiapa sahaja daripada kamu yang mempu untuk berkahwin,hendaklah berkahwin.Sesungguhnya perkahwinan itu menutup menutup pandangan dan menjaga kehormatan.Dan sesiapa diantara kamu yang tidak mampu,maka hendaklah dia berpuasa,kerana ia boleh menjadi perisai.- (riwayat Ibnu Mas’ud)

   Oleh kerana pembentukan keluarga dan perkahwinan merupakan suatu institusi yang penting,Islam telah menggariskan peraturan yang lengkap dan mengambil perhatian yang serius terhadapnya,bermula dengan mencari bakal suami dan isteri.Melalui proses peminangan seterusnya barulah terbentuknya sebuah ikatan perkahwinan.

   Islam menggariskan landasan yang terperinci agar perkembangan manusia di muka bumi ini brlaku dengan baik dan mengikut kaedah syariat Islam,seperti menjaga kehormatan manusia,kesucian zuriat,keturunan yang mulia dan supaya terjalin kasih sayang yang harmoni.

P/S: E-book “Maskahwin Yang Hilang”.Sebuah e-book yang harus dimiliki oleh sesiapa sahaja yang mempunyai masalah mengumpul wang untuk perkahwinan.3 e-book PERCUMA  untuk anda miliki.Maklumat lanjut klik di sini.

Maskahwin

April 11, 2007

Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai maskahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah dan manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perakahwinan.Sebagaimana sabda Baginda riwayat Bukhari,Muslim dan Abu daud yang bermaksud;

“Carilah maskahwin walaupun berupa bentuk cincin besi”-(riwayat Al-Bukhari,Muslim dan Abu Daud)

   Suami wajib membayar mahar kepada isterinya sebanyak yang disebutkan dalam akad perkahwinan jika ia mahar musamma.Seandainya pula tidak disebut dalam akad perkahwinan ia wajib dibayar mengikut mahar mithil.Antara konsep Islam mewajibkan suami membayar maskahwin kepada isterinya sebagai penghargaan kepada isteri dan memenuhi tanggungjawab ketetapan daripada Aallah SWT.Sebagaimana firaman Allah yang bermaksud:

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”-(Surah An-Nisa’)

   Sekiranya berlaku penceraian diantara pasangan suami isteri sebelum berlakunya persetubuhan,suami wajib membayar maskahwin separuh kepada isterinya.Manakala perceraian yang berlaku selepas diadakan persetubuhan suami mestilah membayar semua maskahwin.Seterusnya lagi,jika suami atau isteri meninggal dunia selepas akad perkahwinan walaupun tidak sempat melakukan persetubuhan maka maskahwin wajib dibayar semuanya.

      Justeru itu apa sahaja boleh dijadikan maskahwin,asalkan berfaedah dan bernilai,antara syarat benda yang dijadikan maskahwin ialah: 

  1. Mestilah dari benda yang suci atau benda yang dapat disucikan.Di mana tidak sah maskahwin daripada benda suci yang tidak dapat disucikan,seperti madu lebah yang terkena najis.
  2. Ada faedah atau pekerjaan berfaedah,seperti mengajar ilmu agama atau al-Quran.
  3. Ia adalah milik suami.
  4. Mampu diserahkan kepada isteri bila-bila masa sahaja.
  5. Diketahui sifat dan jumlahnya.

Meminang

April 10, 2007

Meminang ialah lamaran seorang lelaki terhadap seorang perempuan untuk dijadikan isterinya.Dalam erti kata lain,meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk dilangsungkan perkahwinan.

   Walaupun peminangan itu tidak wajib atau bukannya suatu akad perkahwinan yang sah,namun perkara tersebut perlu diambil berat untuk menjaga hubungan harmoni antara pasangan,keluarga dan hubungan kedua-dua belah pihak.Dalam menyatakan peminangan terhadap wanita yang boleh dikahwini dapat dilakukan dalam beberapa bentuk,iaitu:

  1. Peminangan boleh dilakukan secara terus-terang atau melalui sindiran dan kiasan terhadap mana-mana wanita yang masih dara.
  2. Pinangan yang dibuat terhadap janda yang masih dalam ‘iddah boleh dilakukan dengan cara sindiran sahaja.Sesiapa yang menyatakan pinangan terhadap janda yang belum habis ‘iddah secara terus-terang atau dengan membuat temujanji bersama adalah haram hukumnya.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:”Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan(secara sindiran),untuk meminang perempuan(yang kematian suami dan masih dalam ‘iddah),atau tentang kamu menyimpan dalam hati(keinginan berkahwin dengan mereka).Allah SWT mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut(atau mengingati) mereka,(yang demikian itu tidaklah salah),akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit,selain menyebutkan kata-kata(secara sindiran) yang sopan.dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendaklah melakukan) ‘aqad nikah sebelum habis ‘iddah yang ditetapkan itu.Dan ketahuilah,sesungguhnya Allah SWT mengetahui apa yang ada di dalam hati kamu,maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaaNya,dan ketahuilah,sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun,Lagi Maha Penyabar”-(Surah Al-Baqarah 2:235)

     Biarpun peminangan juga merupakan salah satu daripada syariat Islam,namun Rasulullah SAW melarang keras perbuatan melakukan peminangan terhadap wanita yang telah dipinang oleh orang lain dan hukumnya adalah haram peminangan tersebut sekiranya pinangan itu telah diterima oleh perempuan.Sebagaimana Hadis Baginda yang bermaksud: “Dilarang seorang lelaki meminang di atas pinangan saudaranya,sehinggalah ia berkahwin dengan perempuan lain atau menunggalkan perempuan yang dipinangnya”

   Sabda Baginda dalam Hadis yang lain yang bermaksud: “Janganlah lelaki meminang atas pinangan lelaki lain melainkan meminang sebelumnya sudi melepaskannya atau peminang itu memberi izin kepadanya”- (riwayat Bukhari dan Nasa’i)

      Sewaktu berlangsung proses pertunangan dan selepas selesai peminangan,harus bagi lelaki atau perempuan membawa atau memberi sesuati hadia atau bertukar hadiah antara mereka sebagai tanda ikatan perjanjian.Namun begitu lelaki dan wanita ditegah dan haram mengadakan pergaulan bebas bersama tunangnya,kerana mereka belum dikira sebagai suami isteri yang sah.Segala hubungan antara mereka mestilah mengikut syara’ dan mesti dianggap seperti bukan muhrim.

   Konsep peminangan tersebut dapat membawa ke arah proses janji perkahwinan secara rasmi dan sopan.Walaupun begitu,pertunangan yang diadakan tersebut dapat diputuskan serta dapat dibatalkan bila-bila masa sahaja jika antara dua pihak rasa tidak puas hati atau ada sebab-sebab tertentu yang menghalang pasangan tersebut untuk dikahwinkan.Namun begitu,mereka mestilah menbubarkannya dengan cara yang sopan dan diantara kedua belah pihak mestilah menerima hakikat tersebut dengan hati yang terbuka.

 P/S: Jangan terlambat untuk dapatkan e-book “Maskahwin Yang hilang“.Anda juga akan menerima 3 e-book HEBAT berharga RM69 secara PERCUMA.Jadi,apa ditunggu lagi!!!

Memilih Bakal Suami

April 9, 2007

Perempuan juga digalakkan memilih bakal suami yang baik dan mulia.Yang mana Nabi SAW menggalakkan wanita supaya memilih lelaki ynag mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Beragama
  2. Berakhlak mulia
  3. Beradab
  4. Mempunyai harta dan keturunan mulia.

   Walaupun wanita itu hanya diharuskan melihat kepada bakal suaminya selain antara pusat dan lutut sahaja.Namun dalam keadaan lain,Islam mengharuskan juga mereka menyelidiki latar belakang keluarga dan diri bakal suami secara lebih terperinci melalui wakil dan orang tengah yang adil dan amanah.  

Tujuan Pemilihan Calon Isteri atau Suami

Dalam Islam,hukum melihat bakal suami atau isteri adalah sunat bagi sesiapa yang berhasrat danb memilihnya dengan tujuan untuk berkahwin.Antara tujuannya ialah:

  1. Supaya rumahtangga yang bakal dibina akan terbentuk secara harmoni dan saling berpuas hati.
  2. Lahir perasaan saling kasih mengasihi dan reda meredai antara satu sama lain.
  3. Supaya dapat mencari pasangan yang mulia serta dapat melahirkan zuriat dari keluarga yang berketurunan mulia.

Kenali Pasangan

April 7, 2007

Keserasian Mantap Wujudkan Kegembiraan

Di manakah tahap perkahwinan kita?Bahagia atau sengsara?Sebenarnya,jawapan sekarang tidak penting jika kita ada kesanggupan dan bersedia untuk belajar demi memperbaiki keadaan.

   Untuk mencari kebahagiaan,kita perlu tahu apakah pasangan kita sebenarnya jodoh kita.Jika sudah berkahwin,ini satu langkah bagi mengenali pasangan anda dengan lebih mendalam.Langkah terpenting di dalam mengenali pasangan masing-masing ialah:

1   Terima Perbezaan

Anda sepatutnya boleh menerima perbezaan anda dan pasangan.Cuba sesuaikan diri anda dengan perbezaan dan kemudian cari persamaan dengan pasangan anda.Mungkin dari segi hobi,sukan atau apa-apa sekalipun.

2.   Kenali Diri Anda

Kenali diri sendiri,baru anda tahu apa yang pasangan anda harapkan.Contohnya,anda perlu tahu makanan kegemaran anda,berapa banyak garam atau gula yang anda suka kerana hanya selepas itu barub pasangan anda dapat melakukan perkara betul.

3.   Kenali Personaliti

Fahami personaliti pasangan anda.Ada orang tidak suka dipuji dan ada yang sebaliknya.Oleh itu,fahami personaliti anda berdua supaya tiada berlaku percanggahan pendapat.Langkah di atas adalah untuk mengenali pasangan.Persoalannya,bagaimana pula dengan yang belum ada pasangan.Jangan khuatir kerana setiap orang dilahirkan ke dunia ini berpasang-pasangan.

   Jodoh anda ada di luar sana.Langkah pertama untuk bertemu jodoh ialah dengan menambah kenalan dalam persekitaran positif.Sementara itu,keintiman bukan sekadar hubungan fizikal,mental dan spiritual.Ia juga gabungan keseluruhan kombinasi komponen bagi mana-mana pasangan.

   Sebagai contoh,jelingan turut memberi makna tertentu di dalam sesuatu perhubungan.Ada jelingan manja,tajam,sindiran dan pelbagai ‘kategori’ jelingan lagi.Ada jelingan yang membawa kebahagiaan dan ada juga kehancuran.Tidak semua kombinasi pasangan akan berlaku kesesuaian 100 paratus pada setiap masa.Di sini terletaknya kepentingan toleransi bagi setiap pasangan untuk membolehkan mereka terus bergerak ke hadapan.

   Apabila berlakunya keserasian mantap,baru anda dan pasangan akan merasa kegembiraan,manakala ada yang kecewa apabila berlaku sebaliknya.Perlu diingatkan,mustahil bagi setiap pasangan mendapat kesesuaian 100 peratus setiap masa.”Sedangkan lidah lagikan tergigit,inikan pula suami isteri”,antara lirik lagu nyayian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.Kita mungkin seronok melihat gelagat Sarimah,Ahmad Nisfu,P.Ramlee dan sebagainya dalam filem 3 Abdul.Kita mungkin terlepas pandang betapa P.Ramlee menunjukkan sikap toleransi tinggi di dalam filem itu.

   Sebagai contoh,lakonan P.Ramlee sebagai suami yang berhemah tinggi sehingga sanggup tidur di kandang kuda demi kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga.Penting bagi kita mengetahui langkah terbaik yang dapat memastikan kerukunan rumahtangga berterusan dan bertambah baik dari semasa ke semasa melalui pembelajaran berterusan.

P/S : Jangan terlambat untuk dapatkan e-book “Maskahwin Yang Hilang“.Sebuah e-book yang akan mengajar anda teknik-teknik menguruskan kewangan,cara menyimpan wang dan mencari wang tambahan.Anda juga akan menerima 3 e-book PERCUMA!!!Dapatkan SEGERA sebelum kehabisan!!!

  


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.